Bengkel Pengurusan RT Daerah Tanjung Manis

15 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Februari 2024, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak (Bahagian Sarikei) telah mengadakan Bengkel Pengurusan RT Daerah Tanjung Manis bersama Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Daerah Tanjung Manis. PEDi Kg Jerijeh amat menggalakkan aktiviti seperti ini dilakukan di PEDi Kg Jerijeh yang secara langsung dapat mempromosikan PEDi dan peranannya kepada komuniti setempat. Peserta telah diajar tentang buku tunai, menghasilkan minit mesyuarat dan cara untuk menggunakan portal Sistem Maklumat Perpaduan.

Program ini disertai seramai 29 orang peserta dari KRT Daerah Tanjung Manis dan bengkel telah dilaksanakan secara bergilir mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Program berlangsung sekitar jam 9.30 pagi hingga 3.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali